Monday, May 10, 2010

saudara~

 "Seorang muslim adalah saudara kepada saudaranya yang lain. Tidak boleh di aniayai, tidak boleh di biarkan tanpa perlindungan. sesiapa yang mengambil berat tentang seorang muslim yang lain, maka Allah akan mengambil berat tentangnya. Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan kesusahannya yang terdiri daripada kesusahan akhirat. Sesiapa yang menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aibnya"
 [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sunday, May 2, 2010

tazkirah

Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. 
Pertama ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. 
Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. 
Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn ssghnya hati yg kamu miliki skrg ini bkn hatimu.  

************************************

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal ibadatnya sedikit iaitu: 
sifat-sifat penyantun,
 merendah diri, 
pemurah 
dan budi pekerti yang baik.
Itulah kesempurnaan IMAN. -Abul Qasim Al-Junaid