....sebaik habis berkata-kata lelaki itu dijatuhi hukuman mati.
Dia diberi Hemlock, minuman sejenis racun paling berbahaya yang
digunakan bagi menghukum pesalah hukuman mati....
Penguasa Athens sangat marah terhadap lelaki berjanggut dan berjambang lebat itu, kerana asyik berhujah menyangsikan agama politheisme yang di anuti masyarakat Yunani sejak zaman berzaman.
Lelaki berjambang itu sebaliknya lebih cenderung menganut fahaman monoteisme(Tuhan yang satu) yang mengesakan Tuhan berbanding politheisme yang menyembah dewa-dewi, berhala serta cakerawala.
Penguasa Athens bimbang jika dibiarkan, lelaki tersebut akan merosakkan keseluruhan kepercayaan masyarakat dan kaum muda Yunani. Tambahan pula jumlah pengikut setianya bertambah ramai.
Lalu pemerintah Athens mengarahkan askar-askar Athens menangkap lelaki berjambang itu.
Dia diberi amaran keras, jika enggan menarik balik ajaran agama baru itu atau enggan mengaku bersalah, dia akan dihukum mati. Lelaki berjambang yang mengajak masyarakatnya beriman pada Tuhan yang Esa, menerima ugutan tersebut dengan tenang.
"Aku telah berusaha mencari kebenaran dan aku telah menemui bukti hakikat segala kebenaran yang dicari itu. Kebenaran tetap akan menang sampai bila-bila dan tetap mengalahkan kepalsuan." beritahu lelaki itu.
Berkali-kali hakim memintanya menarik balik segala kata-katanya jika tidak mahu dihukum mati. Namun lelaki berjambang tetap teguh pada kepercayaanya. Dia berasa tidak pernah bersalah, jadi mengapa perlu dia menarik balik segala kata-katanya?
Sebelum dijatuhi hukuman, lelaki berjambang itu di benarkan membela diri. Dia dengan tenang memandang ke arah para hakim dan seterusnya warga Athens.
"Wahai para hakim, kelak tuan-tuan akan menghadapi maut seperti yang aku hadapi ini. Usahlah takut. Semuanya kaan mengharungi kematian. Tetapi yakinlah bahawa orang yang berbuat baik tidak akan kenal erti takut baik di waktu hidup mahupun sesudah mati dan Tuhan tidak akan melupakan dirinya buat selama-lamanya."
"Wahai para hakim, bila putera-puteriku dewasa kelak dan mereka tidak acuh pada kebenaran, tidak adil,tidak berjalan di jalan yang lurus dan hidup lebih mementingkan harta benda daripada berbudi, maka seksalah mereka sepertimana tuan-tuan menyiksa aku."
"Jika mereka sombong dan menyangka diri mereka hebat padahal sama sekali tidak berharga, maka azablah mereka sepertimana tuan-tuan mengazab aku. Jika tuan-tuan menjalankan amanah ini barulah tuan menjalankan keadilan pada diriku dan anak-anakku,"beritahu lelaki itu mengakhiri kata-katanya.
Para hakim tercengang, begitu juga warga Athens yang mengikuti perbicaraan itu. Rmaai yang merasakan lelaki itu benar2 menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk diterima hadirin.
Sebaik habis berkata2, lelaki itu dijatuhi hukuman mati. Dia diberi Hemlock, minuman sejenis racun paling berbahaya yang digunakan bagi menghukum pesalah hukuman mati. Berakhirlah riwayat anak tukang batu yang dituduh sesat itu. Hukuman mati yang dijalani lalaki itu pada tahun 339 S.M itu tidak menamatkan kepercayaan mengesakan tuhan yang satu. Keberaniannya menegakkan kebenaran walaupun dihukum mati menyemarakkan lagi semangat para pengikutnya.
Murid-murid lelaki itu, Plato dan Aristotle percaya kebenaran yang cuba dibawa guru mereka. Buktinya lelaki berjambang itu langsung tidak gentar pada hakim yang menghukumnya. Dia tidak gilakan harta dunia dan kemewahan sementara ini kerana dalahm hatinya hanya ada kuasa yang lebih digeruni dan ditakuti iaitu Tuhan.
Plato percayakan keimanan yang dibawakan gurunya, Aristotle juga begitu. Dia yakin alam maya ini ada penciptanya tetapi manusia tidak mampu menjangkau sifat-sifat pencipta dari sisi zatnya. Tuhan hanya boleh diyakini kewujudanNya melalui ciptaan-ciptaan-Nya.
Hari ke hari, bilangan pengikut lelaki berjambang itu semakin bertambah selepas kematiannya. Segala ucapan terakhirnya bukan sahaja menjadi amanat kepada anak-anaknya tetapi pengikut setia bagi menyingkap erti kebenaran. Pemikir-pemikir Yunani terkemudian seperti Phytagoras turut percayakn keesaan dan keagungan Allah seperti lelaki berjambang itu. Murid Phytagoras seperti Falneks, Kolanus, Eroklitus dan Kkrosbois turut mengakui Tuhan yang satu.
Inkagoras, ppencetus teori tenaga terpendam pada suatu benda dan tenaga potensi, juga mengakui ajaran monotheisme. Bagi inkagoras semua benda berasal dari satu inti kemudian berkembang. Tenaga itu terus berkembang seperti butir kemudian menjadi biji. Ringkasnya semua benda berasal dari satu, dan satu itu tidak lain tidak bukan adalah Tuhan.
Pelukis Yunani seperti Iksimas dan penyair Plotorkis, Solon dan Zainun turut tercatat sebagai org yang beriman kepada Allah. Sebenarnya ramai lagi pemikir Yunani yang telah beriman kepada Allah meskipun mereka tidak menjurus kepada keimanan yang sebenarnya kerana tiadanya risalah nabi sampai kepada mereka.
Lelaki berjambang itu ialah Socrates, ahli falsafah, pemikir dan mahaguru teragung pada zaman Yunani (469 - 339 S.M). Sesetengah pendapat mengatakan bahawa beliau seorang nabi diutuskan Allah di zaman itu. Ajaran yang disampaikan Socrates berdasarkan tuntutan hati nurani. Ia berbeza dengan doktrin kenegaraan yang menjadi sistem pemikiran waktu itu.
Socrates selalu berpuasa selama 10 hari untuk kesihatan mental dan fizikal. Begitu juga Aristotle, Galen, Paracelsus dan Hippocrates. Phytagoras pula berpuasa selama 40 hari sebelum menduduki peperiksaan di Universiti Alexandria.
~fikir-fikirkan lah~
0 comments:
Post a Comment