Thursday, December 18, 2008

~Kisah Dari Padang Pasir~


Bagaimana bermulanya manusia menyembah selain Allah? Yazid bin muhallab bercerita bertemu manusia yang menyembah sesuatu kepada selain Allah. Yang menurut kisah bermula di bumi Babil. Di sana ada seorang soleh yang dikenali sebagai Wadan. Dia sangat dicintai oleh kaumnya keranna kesolehannya. Apabila dia mati, mereka berkabung dan sangat berdukacita. Mereka berkerumun di atas kubur orang soleh tersebut dengan perasaan sebak dan sedih atas pemergian orang kesayangan mereka itu.

Apabila iblis melihat kesedihan dan kecintaan mereka yang luar biasa terhadap si mati, dia datang menghampirinya dalam bentuk manusia. "Aku melihat engkau sangat sdih dan berdukacita atas lelaki yang sudah mati ini. Aku ingin menolong mu. Mahukah engkau kalau aku buatkan gambar yang serupa betul dengan orang solehmu itu? Nanti bolehlah gambar itu engkau letakkan di rumah ibadatmu, maka kamu akan dapat mengenang wajahnya dan ingat kepadanya." "Boleh..boleh,"jawab mereka dengan gembira.

Iblis pon membuat sebuah lukisan wajah manusia yang rupanya sama betul dengan Wadan, maklumlah dia sudah biasa melihat wajah Wadan sebelum matinya. Mereka kagum melihat gambar orang yang soleh yang dibuat oleh iblis lalu diletakkannya di tempat peribadatannya. Maka ramailah yang datang untuk melihatnya. Apabila seseorang terkenang dan rindu kepada orang yang soleh itu, dia pon datang melihat gambarnya sehingga sidah ramai yang sudah mula memuliakannya. Kesempatan itu telah digunakan oleh iblis untuk menyebar lukisan gambar tersebut kepada setiap rumah agar nantinya menjadi sembahan mereka.

Iblis pon melukis wajah orang soleh itu banyak2 sehingga cukup untuk setiap rumah. Maka setiap rumah sudah mempunyai gambar orang soleh itu yang diletakkan di tempat yang tinggi, dipelihara dengan baik dan dimuliakan. Setiap masa mereka memandang wajah orang soleh itu, bahkan setiap kali akan menyembah Allah, mereka melihat kepada gambar orang soleh itu terlebih dahulu dengan alasan untuk menguatkan khusyuknya. Anak2 mereka melihat bapa-bapanya sangat mengagumi gambar orang soleh tersebut dan bapanya pula menceritakan bahawa dia itu orang soleh yang sangat dicintai oleh kaumnya. Seterusnya si anak pun mengaguminya dan disaksikan pula oleh anak2nya kemudian hari.

Turun temurun semakin dimuliakan dan dikagumi gambar itu sehingga akhirnya orang soleh itu dianggap sebagai tuhan, kemudian dibuat patung yang serupa dengan wajah pada gambar dan disembah mereka. Berhasillah iblis menyesatkan manusia dengan kesesatan yang sangat nyata. Inilah bahayanya memuliakan dan menyimpan gambar-gambar orang soleh yang disanjung-sanjung.

0 comments:

Post a Comment